Pakar SEO Malaysia : 10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Guna Servis SEO

PAKAR SEO MALAYSIA

10 PERKARA ANDA PERLU TAHU SEBELUM GUNA SERVIS SEO

* artikel ini dikemaskini pada November 2017 oleh Azmi Dzaki – SEO Specialist Malaysia

Soalan 1
Apa Maksud SEO & SEO Specialist ?

.

pakar seo

.

SEO = Search Engine Optimization

.

Pernahkah anda terpikir bagaimana enjin carian (Google / Yahoo / Bing) memilih website-website untuk dipaparkan mengikut keyword (kata carian) tertentu ?

Matlamat syarikat enjin carian adalah untuk memberi maklumat terbaik berdasarkan carian pengguna.

Oleh itu, enjin carian menggunakan algorithm yang “memberi markah” kepada website yang mereka jumpa.

Website yang mempunyai “markah tinggi” bakal menduduki posisi tinggi di dalam keputusan carian.

SEO adalah proses untuk menaikkan “markah” website & memberitahu enjin carian tentang website tersebut.

SEO Specialist pula adalah pakar SEO yang boleh bantu website anda lebih mudah difahami oleh enjin carian & dapat posisi tinggi di dalam senarai.

.

Soalan 2
Apa Beza SEO & SEM ?

.

SEM = Search Engine Marketing

.

SEM adalah semua jenis pemasaran yang dilakukan melalui enjin carian. (SEO dan iklan berbayar)

Pada asasnya SEO adalah sebahagian daripada SEM. Tetapi perkataan SEM selalunya digunakan untuk merujuk kepada iklan berbayar di dalam enjin carian.

.

SEO = anda akan dapat pelawat secara percuma (organik)
SEM = anda perlu bayar untuk dapatkan pelawat (pay-per-click)

.

SEO Malaysia

Source : Sproutspire.com

.

Contoh iklan berbayar : Google Adwords, Bing Ads & Yahoo Advertising

Soalan 3
Jika SEO Percuma, Mengapa Saya Perlu Bayar Untuk Servis SEO ? Apa Faedah Servis SEO ?

.

Perkataan “percuma” di atas merujuk kepada website yang TELAH mencapai posisi tinggi di dalam enjin carian.

Oleh itu, servis SEO amat diperlukan untuk bantu anda mencapai posisi tinggi.

.

servis seo malaysia

Source : 99medialab.com

.

Untuk mengetahui faedah SEO, sila lihat contoh di bawah.

.

Bayangkan anda menyediakan servis sewa kereta di Pulau Langkawi.

Mengikut data dari Google, sekitar 9,900 orang mencari keyword  “kereta sewa langkawi” sebulan, dan kadar iklan adalah RM 1 untuk setiap klik.

Jika anda hanya bergantung pada SEM (iklan berbayar), anda perlu membayar sekitar RM 9,900 sebulan*!
(*jika anda ingin ‘kejar’ semua pengguna yang mencari di Google)

Jika website anda berada di posisi tinggi (SEO), anda tidak perlu membuat iklan berbayar & sekaligus dapat menjimatkan kos pemasaran anda.

TIPS DARI PAKAR SEO

Untuk hasil terbaik, guna gabungan SEO & SEM.

Pada awal kempen pemasaran, lakukan kempen SEO & bayar iklan berbayar (SEM)

Selepas website anda berada di page 1 / posisi tinggi, kurangkan bujet iklan untuk kempen SEM anda.

Soalan 4
Saya Tahu Tentang Onsite SEO, Offsite SEO & Google Keyword Tools, Adakah Saya Masih Perlu Dapatkan Servis SEO ?

.

Bergantung kepada beberapa faktor seperti keyword yang anda sasarkan & persaingan dalam industri anda.

Jika anda berpengalaman dalam menaikkan ranking website, anda mungkin tidak mempunyai masalah dengan “long-tail keywords” yang tidak mempunyai persaingan.

Tetapi kebanyakan keyword yang mempunyai nilai biasanya mempunyai persaingan.

.

Antara masalah-masalah yang mungkin anda hadapi tanpa servis SEO :

.

1 – Over-optimized Onsite / Onpage SEO
“Over-optimized” boleh menyebabkan enjin carian memberi ‘markah rendah’ untuk website anda.

2 – Bad Backlinks for Offsite / Offpage SEO
Terdapat banyak tempat yang anda boleh gunakan untuk letak ‘backlink’ anda, tetapi jika tersalah tempat, ia boleh menyebabkan enjin carian membuang website anda dari senarai mereka. (Google Sandbox)

3 – Google Keyword Tools Tidak Tunjuk Semua Keywords
Apabila memilih keywords utk SEO, Google Keyword Tools tidak beri anda kesemua keywords yg berkaitan dengan perniagaan anda.

Pakar SEO biasanya akan menggunakan sumber dari pelbagai tempat lain (Google Suggestion + Google Keyword Tools + Google Webmaster Tools / Analytics) untuk senarai keyword yang lengkap.

4 – Terlalu Banyak SEO Software / Tools Yang Boleh Bantu Website Anda.
Anda tidak akan cukup masa untuk belajar tentang setiap software & kebanyakannya perlu dibayar pada setiap bulan. Adakah ianya berbaloi untuk anda? Lebih baik anda serahkan kepada pakar SEO untuk hasil terbaik. 🙂

.

seo expert kuala lumpur malaysia

Source : LevyOnline.com

TIPS DARI PAKAR SEO

Antara contoh tools yang diguna oleh pakar SEO :

Google Keyword Tools, Google Webmaster Tools, MOZ, Majestic SEO, Ahrefs, SpyFu, SEM Rush, KWfinder, Long Tail Pro, Scrapebox, GSA, Keyword Revealer, SERPLab, BuzzSumo, Blaster Suite Marketing Tools, SEO Spyglass, Backlink Tools, Indexing Tools, Social Bookmarking Tools dan banyak lagi.

Soalan 5
Berapa Banyak Pelawat Yang Boleh Website Saya Dapat Dari SEO ?

.

Soalan ini sering ditanya kepada pakar & konsultan SEO. Jawapan untuk soalan ini selalu nya dapat diberi SELEPAS pakar SEO membuat analisa pada website dan target-keywords anda.

Jumlah pelawat yang anda boleh dapat pada kebiasaannya bergantung kepada keyword yang dipilih.

.

Lihat contoh di bawah :

.

Kereta Sewa Langkawi = 9,900 carian setiap bulan

Langkawi Car Rental =  4,400 carian setiap bulan

Car Rental Langkawi = 2,900 carian setiap bulan

Sewa Kereta Langkawi = 2,900 carian setiap bulan

.

Keywords di atas mempunyai maksud yang sama tetapi jumlah carian yang berbeza. Disebabkan itu anda perlukan pakar SEO yang mampu bantu anda mencari kesemua keyword yang berpotensi untuk anda.

Mengikut kajian, jika anda berada di posisi no 1 dalam senarai Google, anda akan menerima sekitar 43% daripada jumlah pelawat.

.

panduan seo malaysia

Source : SearchEngineLand.com

.

Contoh :

.

Target-keyword anda mempunyai 10,000 carian setiap bulan (mengikut data dari Google)

Jika website anda berada di posisi No. 1, anda dijangka dapat 4,300 pelawat setiap bulan dari keyword tersebut.

Oleh itu, letak sasaran kempen SEO anda sekurang-kurangnya pada page pertama

.

agensi seo malaysia

Source : ReputationVIP.com

TIPS DARI PAKAR SEO

Guna web2.0 (wordpress, blogspot, tumblr etc), Youtube video, Google Map, dan Social Media (FB, Instagram, Twitter etc).

Lakukan kempen SEO untuk kesemua website di atas.

Cuba penuhkan senarai top 10 di Google dengan website2 di atas (selain website anda)

Bayangkan 10 website tertinggi dalam senarai Google adalah tentang perniagaan anda. Bukankah itu lebih baik ? 😉

Soalan 6
Berapa Harga Untuk Servis SEO ?

.

Julat Harga Servis SEO = RM50 – RM30,000 (setiap bulan)

.

Anda pasti tertanya-tanya mengapa julat harga terlalu jauh berbeza?

Jawapan nya kerana ia bergantung kepada pakej dan servis yang anda perlukan.

.

Jika target-keyword anda mempunyai banyak carian & persaingan, harga nya mungkin mencecah 5 angka sebulan.

Jika target-keyword anda kategori “mudah”, harga keseluruhan mungkin hanya 3-4 angka sahaja.

Jika anda perlukan tugas-tugas tertentu (Onpage SEO Analysis, Backlink dari Social Media, etc), harga nya mungkin 2-3 angka sahaja.

TIPS DARI PAKAR SEO

Hati-hati dengan pakej SEO yang murah dan menjanjikan ranking di posisi pertama. Mereka mungkin menggunakan teknik Blackhat yang boleh merosakkan reputasi website anda di mata Google.

Kebanyakan pakar / konsultan / agensi hanya meletakkan jaminan di page pertama , bukan posisi pertama.

Kerja SEO boleh disamakan seperti memancing. Kedua-duanya perlu menggunakan maklumat dan bahan-bahan yang ada untuk mendapatkan hasil yang baik.

Pemancing / nelayan yang hebat tahu di mana lubuk ikan & mampu meningkatkan peluang anda untuk dapat hasil tangkapan.

Pakar SEO yang hebat pula mampu meningkatkan peluang website anda untuk berada di muka surat pertama enjin carian.

Tetapi kedua-dua nya tidak boleh menjamin 100% hasil yang anda bakal dapat. 

Cuba cari pakej yang menawarkan bayaran berperingkat, contoh 50% semasa mula kempen dan 50% selepas dapat lihat hasil.

Atau pakej yang menggunakan “performance bonus”. Biasanya pakej ini murah pada permulaan dan anda hanya perlu bayar bonus jika hasil kempen SEO tersebut baik.

Soalan 7
Berapa Lama Yang Diperlukan Untuk Website Saya Muncul Di Page 1 / No 1 Di Google (Atau Enjin Carian Lain) ?

.

Info Dari Google = Anda Perlu Beri 4-12 Bulan Untuk Nampak Hasil Kempen SEO

Tidak percaya? Lihat apa yang dikatakan oleh Maile Ohye (Google) pada minit 1:39 :

.

.

“in most cases, SEOs need four months to a year to help your business first implement improvements and then see potential benefit.”
Maile Ohye – Developer Programs Tech Lead in Google

.

Tetapi anda juga boleh nampak hasil kurang dari 4 bulan, ianya bergantung kepada target-keyword website anda & teknik SEO yang digunakan.

Kebiasaanya lebih mudah untuk nampak hasil di enjin carian lain seperti Bing, Yahoo & Youtube berbanding Google.

TIPS DARI PAKAR SEO

Guna website-website yang telah mempunya ‘markah tinggi’ dan reputasi yang elok di mata Google. (Facebook, Twitter, Blogspot, WordPress, Tumblr, etc)

Website-website ini akan lebih mudah untuk ‘rank’ berbanding page / website yang baru di buat.

Seperti yang disebut sebelum ini, kerja SEO boleh disamakan dengan memancing.

Kedua-dua nya (SEO & memancing) kadang-kadang memerlukan masa untuk memberi anda hasil.

Semasa memancing, tiada jaminan bahawa anda akan terus dapat menangkap ikan dalam beberapa minit / jam yang terawal.

Sama juga seperti SEO, tiada jaminan yang anda akan nampak website / jenama anda terus berada di muka surat pertama pada minggu pertama*

(*kecuali menggunakan Teknik SEO : Tebar Jala)

Soalan 8
Mengapa Begitu Lama Untuk Nampak Hasil ?

.
pakar seo selangor

.

Seperti yang kita tahu, misi Google adalah untuk memberi maklumat yang tepat dan berguna pada penggunanya. Mereka ingin persoalan pengguna terjawab apabila membuka website-website teratas di dalam senarai.

Oleh itu, Google merekacipta algorithm yang boleh bantu mencari dan menyusun website-website di enjin carian mereka.

Terdapat lebih daripada 200 ‘ranking factors’ yang digunakan oleh Google dan hanya mereka yang tahu faktor mana yang memberi kesan terbaik untuk kempen SEO.

Anda boleh lihat senarai tersebut melalui link di bawah.

.

pakar seo kuala lumpur

Source : Backlinko.com

.

Google menggunakan lebih 200 ‘ranking factors’ apabila menyusun senarai. Disebabkan itu, anda mungkin lihat ranking website anda berubah-ubah dalam beberapa bulan pertama. (Google dance)

Google hanya ingin mengenal pasti website yang benar-benar baik dan tepat untuk pengguna mereka.

Ranking anda biasanya akan stabil selepas 4 bulan.

Soalan 9
Adakah Tiada Cara Pantas Untuk Mencapai Page Pertama ?

.

Jika website anda mempunyai ‘markah tinggi’ & dipandang tinggi oleh enjin carian, mungkin anda boleh capai page pertama dalam masa singkat.

Oleh itu, sila guna website-website yang telah mempunyai reputasi elok di mata enjin carian (Facebook, Twitter, Blogspot, Tumblr, etc) sementara menunggu website anda mempunya reputasi yang bagus.

Terdapat beberapa teknik SEO yang boleh digunakan untuk anda meletakkan jenama anda (bukan website) di page 1 dalam kurang 48 jam.

Semasa memilih pakar SEO, tanya mereka tentang teknik SEO ini. Jika mereka tidak tahu, mungkin anda patut mencari pakar SEO yang lain 🙂

TIPS DARI PAKAR SEO

Agak Mustahil untuk website yang baru dibina & keyword yang banyak persaingan untuk muncul di page pertama dalam masa singkat.

tetapi…

Tidak Mustahil untuk meletak jenama anda di page pertama dalam kurang 48jam. (Teknik SEO : Tebar Jala)

Soalan 10
Bonus : Tips – Tips Penting Semasa Memilih Agensi / Konsultan / Pakar SEO

.

1 – Pastikan target anda dahulu : siapa potensi pelanggan anda, adakah anda ingin menaikkan jumlah pelawat, jumlah ahli atau jumlah jualan.

.

2 – Kenalpasti apa yang anda perlukan (pakej servis SEO lengkap, SEO analysis, Backlinking campaign, etc)

.

3 – Anda boleh mencari pakar SEO menggunakan enjin carian. Secara logiknya, mereka yang berjaya meletakkan website mereka di posisi teratas untuk keyword berkaitan SEO bermaksud mereka berkebolehan.

Tetapi perlu diingat ada yang membayar iklan Adwords di Google untuk letak website mereka di posisi teratas.

Dan ada juga agensi / konsultan / pakar SEO yang tidak berminat untuk rank website mereka kerana terlalu sibuk dengan jumlah kerja yang banyak. Pakar-pakar SEO seperti ini biasanya dapat pelanggan baru melalui “recommendation” dari pelanggan-pelanggan lama mereka.

.

4 – Berhati-hati dengan agensi / konsultan / pakar yang menggunakan perkataan “secret sauce”, “teknik rahsia” dan sebagainya.

Anda perlu risau jika mereka menggunakan teknik Blackhat SEO atau teknik-teknik yang tidak digemar enjin carian.

.

5 – Tanya mereka tentang teknik SEO yang mereka guna : White Hat, Grey Hat atau Black Hat.

.

seo agency kuala lumpur

Source : UtahSEOPros


.

White Hat = tiada masalah


Grey Hat = gabungan whitehat & blackhat, perlu berhati-hati, kerana mereka menggunakan teknik yang tidak disebut oleh Google.


Black Hat = elakkan jika boleh kerana mereka menggunakan teknik yang ditegah oleh Google. Melainkan pakar SEO tersebut ada cara untuk menjamin keselamatan website anda.

.

6 – Website agensi / konsultan / pakar SEO yang ‘lawa’ tidak menjamin kepakaran SEO.

.

7 – Syarikat SEO yang mempunyai ramai pekerja tidak menggambarkan kepakaran SEO mereka.

.

8 – Tanya beberapa syarikat untuk dapatkan harga dan tawaran mereka. Kebanyakan pakar & konsultan SEO tidak mempunyai masalah untuk memberi konsultasi pertama secara percuma.

.

Harap artikel ini dapat membantu anda! Hubungi kami jika ada pertanyaan 🙂

Azmi Dzaki_Pakar SEO Malaysia

Azmi Dzaki
Pakar SEO Malaysia

+60194560950

Online Marketing Specialist
SEO, SEM (PPC), Social Media Marketing

SEOspecialist.my

Hakcipta Terpelihara 2017